Resepi Spaghetti With Grilled Chicken Orange

Belek-belek buku 21 Hari Dapur Eat Clean, nampak 1 hidangan spaghetti adalah 30g kering.

Mak aih, sikit bebenornya..

tak puas hati saya pun google..

selepas membuat pencarian saya dapati 100gram spaghetti kering adalah hampir 400kcal.

Patut tak kuruih selama ni hahaha…

Anyway saya ikutlah saranan 30gram kering tu, dan hasilnya…

Wow, memang mengenyangkan..

Bahan-bahannya:

  • Spaghetti
  • Ayam
  • Bawang besar
  • Oren
  • Mint
  • Capsicum
  • Lemon
  • Puri bawang putih
  • Puri halia
  • Serbuk lada hitam

Cara penyediaannya:

  1. Perap ayam dengan puri bawang putih, puri halia dan serbuk lada hitam.
  2. Rebus spaghetti.
  3. Hiris bawang besar.
  4. Potong oren dan capsicum.
  5. Cincang daun mint.
  6. Grill ayam yang telah diperap. Selepas masak, hiris nipis.
  7. Gaulkan ayam bersama bawang besar, oren, capsicum dan daun mint.
  8. Perahkan jus lemon.

Salad ayam grilled dan oren boleh dimakan bersama spaghetti ataupun nasi perang.

Taaa daaa.. Selamat mencuba.

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sangat passionate dengan homeschool, breastfeeding dan fitness.

Resepi Roti Panggang Putih Telur

Sedap juga resepi ni rupanya.

Macam toast kot, cuma selama ni kalau toast yang dekat hotel tu memang saya kurang gemar.

Ada letak susu kan?

Tapi bila cuba resepi dari buku Cabaran Kurus 21 Hari ni, rasa ok lak..

Walaupun mula-mula tadi macam nak tak nak letak bawang..

Haha.. saya bukan peminat bawang..


Bahan-bahannya:

  • Roti
  • Putih telur
  • Bawang
  • Serbuk lada sulah

Cara penyediaannya:

  1. Pukul telur, tambah serbuk lada sulah
  2. Bawang dihiris nipis
  3. Masukkan bawang ke dalam telur
  4. Celup roti ke dalam telur dan goreng tanpa minyak atas pan

Boleh makan dengan salad, sos (kalau nak kurus, hati-hati), perahkan lemon atau bagaimana gaya pun yang anda suka.

Selamat bersarapan.

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy.

TB MBFC4

Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas..

Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer..

Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂

Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017.

Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1.

Semoga berjalan lancar. Nanti saya share video.

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy