Tandem Breastfeeding

Saya stopkan bf Azmina waktu mengandung 4-5 bulan kerana tak tahan sakitnya dengan janji bila baby dah keluar kita sambung semula.

Selepas bersalin saya cuba tawarkan kepada Azmina semula, tetapi dia enggan.

Susu untuk baby katanya…

Berkali-kali dengan pelbagai cara dipujuk tetap enggan.

Hari ini, kerana risau Azmina kembali demam, saya trik dia bila dia minta susu.

Instead of bancuhkan susu wildan untuknya, saya masukkan susu perahan tanpa beritahu apa-apa.

Selepas habis, dia minta lagi..

Saya tanya sedap ke? Azmina angguk dan senyum.

Baru saya cakap itu susu mommy. Nak lagi?

Azmina angguk dan senyum.

Satu lagi botol susu mommy…

Dua jam selepas itu, dia minta lagi susu – kali ini dengan abah.

Abah bancuhkan susu wildan – waktu itu saya sedang memerah susu.

Azmina ambil saja susu yang abah bancuh.

Kemudian datang kepada saya dan tunjuk susu mommy.

Tak mahu susu wildan, mahu susu mommy.

Yeahhhh, mommy menang !!!!

P.s: Kerja juga bertambah 😄

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy

Phonemic Awareness #1: Ice Breaking Session

Kelas pertama malam ni..

Angah pun join sama – murid paling muda 😄 2 tahun 8 bulan ya

Dah anak2 yang lain marah bila Afiah dan Azmina panggil mommy..

Cikgu lah, bukan mommy 😂

Rabu kita jumpa lagi ya anak-anak..

Hari ni buat ice breaking jer.. tunggu Rabu nanti 😍

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy