• Kelas Membaca

    Bantu Anak Belajar Membaca dengan Kelas Membaca Online

    Membaca adalah kemahiran asas yang penting dalam pembangunan intelektual kanak-kanak. Bagi ibu bapa, membantu anak belajar membaca adalah tanggungjawab yang penting dalam memberikan asas pendidikan yang kukuh. Dalam era digital yang semakin berkembang, kelas membaca online menjadi alternatif yang efektif untuk memperkukuhkan kemahiran membaca anak-anak. Kali ini saya akan kongsikan kenapa ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka belajar membaca melalui menyertai kelas membaca online.

    Pertama, kelas membaca online menyediakan aksesibiliti yang lebih luas kepada pelbagai bahan bacaan. Dengan pelbagai sumber dan buku elektronik yang terdapat dalam talian, anak-anak dapat meneroka pelbagai genre dan topik tanpa batasan fizikal. Ini membolehkan mereka mengembangkan minat membaca yang pelbagai dan membina asas pengetahuan yang kukuh.

    Kedua, kelas membaca online biasanya disusun secara berstruktur dan berkesan. Modul pembelajaran yang direka khusus untuk perkembangan tahap membaca kanak-kanak dapat membantu mereka mengatasi cabaran pembelajaran dengan lebih mudah. Pengajar yang terlatih juga boleh memberikan panduan yang bersifat personal kepada setiap kanak-kanak, membantu mereka mengatasi kesulitan dan meningkatkan kebolehan membaca mereka.

    Selain itu, kelas membaca online memberikan fleksibiliti kepada ibu bapa dan anak-anak. Dengan jadual pembelajaran yang boleh diakses pada bila-bila masa, ibu bapa dapat mengintegrasikan pembelajaran membaca ke dalam rutin harian tanpa mengganggu aktiviti lain. Ini memberikan keseimbangan yang baik antara pembelajaran dan rehat, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.

    Ibu bapa juga dapat terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran anak-anak melalui kelas membaca online. Mereka dapat mengamalkan membaca bersama anak-anak dan memberikan sokongan positif. Ini bukan hanya membantu perkembangan membaca anak-anak, tetapi juga memperkuatkan hubungan keluarga melalui aktiviti bersama yang bermakna.

    Secara keseluruhannya, kelas membaca online merupakan sumber yang berkesan untuk membantu anak-anak belajar membaca. Dengan memberikan akses kepada pelbagai bahan bacaan, menyediakan struktur pembelajaran yang baik, memberikan fleksibiliti kepada ibu bapa dan anak-anak, serta melibatkan ibu bapa secara langsung dalam proses pembelajaran, kelas membaca online menjadi alat yang berharga dalam membentuk asas membaca yang kukuh. Dengan penyertaan yang bersungguh-sungguh dalam kelas membaca online, ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka memasuki dunia literasi dengan keyakinan dan kecemerlangan.

  • Kelas Membaca

    Pendaftaran Kelas Membaca Bacalah Anakku Bulan November 2017

    Pendaftaran kelas membaca dibuka sekarang. Boleh berusia dari 5 tahun, 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun, 9 tahun. Asalkan belum boleh membaca atau membaca merangkak-rangkak tidak lancar, boleh daftar.

    Kelas diadakan 3 kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Tempoh setiap kelas cuma 45 minit sahaja. Pendek tetapi padat dengan aktiviti bermain sambil belajar.

    Ada dua masa yang dibuka iaitu 8 malam dan 9 malam. Tapi kalian tidak dibenarkan memilih kerana saya yang akan tentukan mengikut kesesuaian anak kalian dalam kumpulan. Tidak sesuailah kalau kita nak bagi anak 5 tahun belajar dengan yang 9 tahun kan.

    Untuk anak-anak yang telah bersedia untuk belajar, maknanya sudah boleh faham arahan, sudah boleh pegang pensel, sudah boleh menggunting, dan juga tiada masalah pembelajaran, dianggarkan boleh tamat kelas membaca dalam 48 sesi bersemuka.

    Dengan izin Tuhan, mereka pasti boleh membaca apa sahaja bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia. Bila dah boleh baca, kita akan buat majlis meraikan kejayaan mereka. Dapat sijil dapat hadiah. Seronok kan!

    Yuran pendaftaran cuma RM50. Dibayar sekali sahaja. Manakala yuran buku, termasuklah buku bacaan, buku latihan dan sebagainya adalah RM90 sahaja. Juga dibayar sekali sahaja.

    Yuran bulanan untuk 12 kali kelas dalam sebulan, 45 minit setiap kali, adalah RM135 sahaja. Kalau kalian patuh panduan yang diberi, 4 bulan sahaja sudah cukup, InsyaAllah.

    Lokasi kelas adalah di No 12 Jalan Lampam 17 Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang Johor. Tak susah nak cari, guna waze sahaja pasti jumpa.

    Buat pendaftaran secara online di
    bit.ly/daftarwhiztots
    bit.ly/daftarwhiztots
    bit.ly/daftarwhiztots

    Boleh juga Whatsapps

    Azleen 0173329298
    Wasap.my/+60173329298/daftarwhiztots

    Atau

    Aini 0173891909
    Wasap.my/+60173891909/daftarwhiztots

    #whiztots

  • Kelas Membaca

    WhizTots BAK #1: Perkataan Akhiran /s/ dan /l/

    Buat buku mini malam ni 😍😍😍

    Lipat-lipat kertas, nasib baik menjadi..

    Dapat idea ni dari bengkel pembelajaran abad 21 pemulihan khas pasir gudang.

    Lepas tu tulis perkataan diajar dalam buku mini.

    Lepas tulis ada ruang kosong lagi, boleh lukis pulak..

    Biar murid bagi idea apa yang nak dilukis.

    Suruh lukis polis, dia nak lukis kereta polis – ok, layanzzzzz…

    Boring tulis?

    Kita guna sticker pulak.. tulis kat sticker, kemudian tampal dalam buku..

    Kadang-kadang ada murid yang sukar nak tampal sticker dalam garisan lurus..

    Bantu dengan buat garisan ruang tampal sticker..

    Nah, barulah perkataan boleh dibaca.

    Cikgu mommy bagi 5 bintang tanda sayang 😍😍😍

    Selamat malam dari saya Nor Azleen Abd Rahim, professional mommy yang suka ajar anak sekecil 4 hingga 9 tahun belajar membaca dengan cepat, mudah dan seronok.

  • Kelas Membaca

    WhizTots BAK #2

    Malam ni perkukuhkan gabung bunyi..

    Guna /m/ pula..

    Ma mi mu..

    Gunting-gunting..

    Gam-gam..

    Carta poket mini…

    Dan macam-macam lagi..

    Dari saya Nor Azleen Abd Rahim, the professional mommy yang pakar dalam membantu anak sekecil 4 hingga 9 tahun belajar membaca dengan cepat, mudah dan seronok.

  • Personal Development

    Notis Letak Jawatan

    Selepas mencuba selama lebih sebulan, dapat juga jumpa GB semalam.

    Mencuba tu bukan apa, ada masanya ke sekolah, GB urusan luar, ada masanya saya sendiri yang kecut perut nak meluahkan. 🤢

    Lepas dapat meluahkan ayat, “Ustaz, saya nak letak jawatan.” Rasa ringan kepala 😄

    InsyaAllah, semoga perjalanan saya homeschooling anakanda bertiga ini dipermudahkan, bulan Mei adalah bulan terakhir.

    Kena naik sekolah 1 bulan juga untuk lengkapkan notis. Bolehlah cium puas-puas bilik pemulihan yang saya huni selama hampir 9 tahun.

    Belum masuk mode sedih lagi 😂

    Sempat juga celebrate hari guru sekali lagi harapnya.. 😍😍😍

    Dan dengan itu juga bermakna saya ada tambahan slot kelas membaca pada bulan Jun. 😄

    Siapa nak hantar anak, bolehlah WhatsApps 0173329298 mulai sekarang untuk masukkan nama di senarai menunggu.

    Minggu depan kita start pra-pendaftaran ya 😬

    Nak lagi mudah, klik link berikut untuk whatsapps www.wasap.my/+60173329298/fonikjun

    Mommy comel menghitung hari, Nor Azleen Abd Rahim

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    Sharing Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku Khusus Untuk Kelas Pemulihan Khas

    Sharing Fonik Gabung Bunyi Khusus Guru Pemulihan

    Ada yang berminat nak datang tak?

    Nak tahu bagaimana guna Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku untuk murid pemulihan khas?

    Program akan diadakan pada hujung minggu (waktu rehat cikgu).

    Program akan dikenakan sedikit bayaran untuk menampung kos pengendalian dan bahan.

    Program tiada sijil diberikan.

    Lokasi? Kita tengok majoriti dari mana, kita buat yang paling dekat..

    Komen “Nak datang – (taip lokasi anda)” jika berminat.

    Survey dulu.

  • Seni Ajar Membaca

    Umur Berapa Anak Patut Boleh Membaca

    Jawapan umur berapa anak patut boleh membaca..

    Kalau anak simpan dalam almari, sampai umur 30 tahun pun belum tentu boleh membaca ya 😂😂

    Pelbagaikan kaedah pengajaran..

    Multisensori.. libatkan semua deria yang ada..

    Jangan asyik latih tubi jer sampai budak muntah cikgu sesak nafas..

    Kang doktor bagi ubat anti stress pulak, kasihan cikgu..

    Jom guna kaedah fonik gabung bunyi dalam kelas pemulihan..

    Murid memang suka belajar (saya tahu semua mirid pemulihan suka datang kelas pemulihan kan) 😄

    Tapi lagi penting cikgu pun teruja nak mengajar.. barulah kegembiraan itu dapat disebarkan ke serata alam..

    Dan kajian menunjukkan bahawa kita lebih mudah ingat sesuatu yang beremosi tinggi.

    Bila belajar dengan emosi gembira, murid cepat baca ke cepat baca?

    Jom fonik!

    Saya dah, anda?

    Dari saya Nor Azleen Abd Rahim, the professional mommy yang sangat suka ajar membaca dengan kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.

    Umur berapa kanak-kanak perlu boleh membaca?

    Jawapan pendek, setelah kanak-kanak tersebut didedahkan kepada pembelajaran formal secara konsisten selama lebih 6 bulan.

    Kerana kemahiran membaca bukanlah satu kemahiran fisiologi yang termaktub dalam perkembangan tipikal. Ia satu kemahiran akademik.

    Jadi, exposure kepada akademik mempengaruhi kemahiran ini.

    Selain itu, teknik juga mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak menguasai kemahiran ini.

    Guru-guru perlu dimantapkan dengan pelbagai teknik dan kaedah membaca, tidak hanya restrict kepada kaedah mengeja sahaja. Itu adalah salah satu daripada beribu kaedah.

    Apatah lagi murid sekarang terdiri daripada pelbagai jenis kecerdasan dan kebijaksanaan.

    Jangan lupakan perkembangan sensori deria dan sensori motor semasa proses pendedahan akademik.

    Hehe.

    Sumber: Mahfuzah Zainol