Aktiviti Asosiasi Aksi Untuk Mengingat Bunyi

Assalam,

Seringkali kalau ajar bunyi sahaja dan paksa anak ingat bunyi tersebut agak membosankan dan memberi tekanan.

Ini kerana kajian menunjukkan bahawa seseorang lebih mengingati sesuatu perkara apabila ia memberikan efek emosi ke atasnya.

Maka, pembelajaran haruslah dibuatkan menarik dan menyeronokkan.

Salah satu teknik untuk membolehkan anak rasa seronok sewaktu belajar satu bunyi adalah dengan mengaitkan (asosiasi) bunyi tersebut dengan sesuatu aksi yang relevan.

Contohnya dalam video ini, kami kaitkan bunyi /u/ dengan ulat yang berjalan di pokok.

Lebih menarik lagi, kerana di hujung dahan pokok, ulat menggeletek pokok.

Terkekeh-kekeh anak ketawa. Bahkan semua mahu bergilir-gilir menjadi pokok dan ulat.

Bila seronok begini, anda rasa anak boleh ingat tak bunyi /u/?

Sekian dahulu dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy, yang mempunyai minat mendalam tentang homeschooling dan mengajar kelas cepat membaca kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Layan video ni..

Aktiviti Dengar Dan Buat

Antara cara untuk mengukuhkan gabung bunyi adalah dengan membuat aktiviti dengar dan buat.

Aktiviti ini dibuat selepas anak mahir dengan aktiviti lihat dan buat.

Nak tahu bagaimana aktiviti dengar dan buat dijalankan dalam kumpulan?

Layan video pendek 40 saat ini..

Semoga bermanfaat, dari saya Cikgu Azleen yang sangat suka ajar membaca kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

 

Anak Keliru Belajar Fonik?

 

Rasa macam nak ajar anak guna fonik gabung bunyi Bacalah Anakku?

Tapi anak dah diajar mengeja?

Takut anak keliru?

Eh, boleh keliru ke?

Boleh kotttt…

Kalau keliru nak buat apa?

Semuanya ada dalam video kali ni..

Jom tengok sambil layan Isyraq tidur ni haaa..

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy