Seni Ajar Membaca

Suka Ganjaran: Hadiah dan Pujian

Sedang cikgu belek-belek bahan nak mengajar, cikgu dengar pelajar berbual sesama sendiri.

“Awak suka tak datang tuisyen malam?”

“Suka.”

“Bestkan. Kita suka datang kelas tuisyen malam ni.”

Tak tahan cikgu nak menyampuk. Bukan apa, nak pastikan apakah yang dia maksudkan dengan tuisyen malam tu.

“Suka datang kelas kat sini?”

“Suka.” Eceh, semua angguk-angguk kepala macam burung belatuk.

“Kat sini, kalau kita jawab cikgu ajar, cikgu bagi stiker. Kalau kerja siap, cikgu bagi coklat. Best.”

Amboi, tu dia punya penerangan.

Anak kecil memang sukakan ganjaran, pujian dan hadiah. Tidak perlu hadiah yang mahal ataupun besar.

Stiker yang diberi kecil sahaja, sebesar kuku mereka. Beli murah-murah di kedai borong.

Coklat pula saya beri nips. Asyik memborong habis sahaja coklat ini di Tesco. Huhu. Satu bungkus berharga RM4.69 itu boleh tahan 3 sesi kelas.

Yang penting happy. Anak kecil suka. Orang tuapun suka hadiah. Siapa yang tidak suka kan?

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply