Kelas Membaca

Tadika Fonik Di Pasir Gudang

Standard operasi Whiztots, bakal phonicsmarty akan melalui ujian ringkas. Ujian ini untuk mengenalpasti tahap kesediaan belajar membaca serta pengetahuan sedia ada anak.

Hari tu, adalah seorang ibu datang bawa anaknya untuk diuji. Anak berusia 6 tahun dan bersekolah tadika yang menggunakan buku Bacalah Anakku.

Selepas ibu mengisi borang pendaftaran, saya terus jalankan ujian dihadapannya. Sesi temu ramah (jika perlu) biasa saya lakukan selepas sesi ujian.

Anak ini mempunyai kesediaan belajar membaca yang sesuai dengan peringkat umurnya. Bahkan beliau boleh membaca sehingga buku 7. Boleh tahan lancarnya.

Bila beliau tidak dapat membaca buku 8, saya perkenalkan bunyi baru dalam buku 8. Dan saya tanya, /kh/ kawan dengan /a/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut.

Saya beritahu, /kh/ kawan /a/ baca ‘kha’. Dia ikut. Saya tanya lagi, /kh/ kawan /i/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut lagi.

Ok, sah. Bukan sah menikah. Tapi sah anak ini tidak membaca dengan cara menggabung bunyi.

Buku Bacalah Anakku sepatutnya diajar dengan kaedah fonik gabung bunyi. Barulah anak boleh menjadi independent reader.

Sayang sekali, jika anak ini diajar membaca dengan cara menggabung bunyi, nak mula ajar membaca bahasa Inggeris pasti sangat mudah.

Tapi bila ajar membaca dengan cara menghafal, itu yang bahasa Inggeris terpaksa pula ajar guna kaedah whole word. Kalian ingat senang nak ajar whole word ini?

Menurut Kamus Online Oxford, terdapat lebih dari 500,000 perkataan dalam bahasa Inggeris. Dan perkataan ini akan bertambah dan bertambah kerana ciri bahasa yang boleh bertahan lama adalah ia boleh terevolusi.

Mampukah kalian mengajar semua 500,000 perkataan ini? Dan lagi penting, mampukah anak menghafal semua 500,000 perkataan ini?

Nah, sebab itu ibu bapa yang sedang memilih tadika anak tahun hadapan, jika tadika war-warkan mereka guna Bacalah Anakku, mesti tanya juga, bagaimana guru mengajar anak membaca dengan buku ini.

Kalau cikgunya, “aaaaa” atau “macam biasalah puan”, dan tidak menyebut FONIK GABUNG BUNYI, makanya mereka tidak mengajar dengan kaedah yang sepatutnya.

Tadika mana yang guna Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku/ ReadEasy di Pasir Gudang? Saya pasti satu, Mutiara Nur Taqwa di Taman Bukit Dahlia (Berhadapan dengan SK Taman Bukit Dahlia).

Manakala prasekolah berikut adalah sekolah-sekolah yang pernah menjadi sekolah angkat Whiztots, jadi mereka juga gunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku:

  • Prasekolah SK Taman Rinting 1
  • Prasekolah SK Kota Masai 2
  • Prasekolah SK Kota Masai 3
  • Prasekolah SK Taman Cendana
  • Prasekolah SK Sungai Tiram

Tak tahulah dah penuh ke tidak pendaftaran tahun hadapan.

Nor Azleen Abd Rahim

cikgumommy

P.S.: Ada lagi tadika dan prasekolah yang guna Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku (bukan semata-mata guna Buku Bacalah Anakku)? Boleh sharekan kat ruangan komen ya. Mana tahu ada ibu bapa yang sedang mencari.

Leave a Reply